• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Mampu Bentuk Kerajaan Tanpa Pakatan

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (PAN),  Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kuantan di bawah pakatan Harapan,  akan berusaha memperkukuh sokongan walaupun terpaksa berhadapan dengan PAS pada pilihan raya umum ke-14.

Dalam kenyataan bersama mereka di sini hari ini, Ketua Pemuda PAN Kuantan Mohd Khalil Zaidi, Pemangku Ketua AMK Kuantan Lee Wei Lon dan Ketua Armada Kuantan Mohd Asyraf Muhammad Asri berkata  PAS hanya akan menjadi parti kecil dan tidak mampu membentuk kerajaan jika tetap tidak mahu berpakat dengan mereka.

“PAS hanya akan memecah undi jika bertanding bersendirian.

“Mereka (PAS) mahu menjadi king maker, sedangkan jika berlaku tiga penjuru, bukan sahaja king maker, malah suara mereka pun tidak mungkin sampai ke Parlimen,” kata pemimpin Pemuda ketiga-tiga parti itu.

Pada 30 Julai lalu, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar mengesahkan parti itu akan bertanding tiga kerusi ‘panas’ di Pahang – Kuantan, Bentong dan Indera Mahkota selain tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan Parlimen Bentong.

Mereka berharap PAS akan menilai semula pendirian parti itu. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd