• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Berjaya Kurangkan Hutang Negara

oleh Ahmad Albab
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara telah terbukti, sekali gus menyangkal tohmahan kononnya Malaysia adalah sebuah negara yang gagal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelan ekonomi kerajaan yang berpandangan jauh serta langkah proaktif yang diambil dalam melaksana keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran luar.

“Ini telah terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017. Prestasi ini disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor awam,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu tahap kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa ekonomi negara akan kembali mantap.

Najib berkata baru-baru ini, IMF telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi 2017 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus manakala Bank Dunia meramalkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 4.9 peratus, berbanding unjuran asal 4.3 peratus.

Justeru, beliau berkata kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan semua sektor ekonomi sentiasa berdaya tahan dan berdaya saing pada peringkat domestik dan global bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh.

“Ini termasuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas, menyediakan persekitaran kondusif bagi menarik pelaburan asing dan domestik, meningkatkan perdagangan dan produktiviti serta memperkukuh keupayaan inovasi dan teknologi negara,” kata perdana menteri.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR-Pematang Pauh) berhubung dakwaan ekonomi negara tidak memberangsangkan dan hutang negara meningkat, Najib berkata hutang negara kini dalam lingkungan terkawal.

Katanya ​kerajaan akan melakukan langkah-langkah terbaik untuk kepentingan rakyat selain memastikan mereka menerima faedah daripada inisiatif yang dilaksanakan.

“Dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak usaha akan dilakukan.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita akan melakukan yang terbaik untuk rakyat, tetapi kita tidak boleh menjanjikan benda-benda yang tidak boleh masuk akal, lazimnya yang dijanjikan oleh pembangkang sebagai gula-gula untuk sukakan hati rakyat tetapi kita tahu ia tidak mampu dilakukan oleh mana-mana kerajaan,” katanya.

Menyentuh pertanyaaan Dr Wan Azizah mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib berkata perkara itu hanya melibatkan soal teknikal dan tidak akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd