• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu

oleh
02/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAZIMNYA jika ada isu ‘panas’ melibatkan artis Singapura di Malaysia, Zed Zaidi tentunya akan masuk sekaki untuk memberikan ‘kenyataannya’.

Kali ini juga tidak terkecuali. Ketika isu kekecohan antara Aliff Aziz, isterinya Bella Astillah dan pelakon Afifah Nasir heboh diperkatakan, Zed Zaidi turut tampil memberikan komen.

Beliau yang juga Presiden Seniman, bukan sahaja menganggap kelakuan Aliff sebagai tidak ‘gentleman‘, malah memberi amaran kepada Aliff bahawa beliau akan melaporkan kes itu kepada pihak imigresen.

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect (hormat) kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau.

“Aku buat complaint (aduan) dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah. Jadi, masa ni aku masih ‘respect’ (hormat). Jadi jaga perangai kau.

“Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” kata Zed Zaidi dalam wawancara Facebook Live bersama portal Rotikaya.

Aliff minggu lalu ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya itu yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka. Sebelum kejadian itu, Bella yang ditemani ibunya pergi ke sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Wanita comel tersebut yang masih dalam pantag, mendapat tahu bahawa suaminya secara kebetulan berada di dalam sebuah bilik karaoke bergembira ceria bersama seorang wanita lain, iaitu Afifah Nasir.

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” kata Zed Zaidi lagi kepada Rotikaya.

Zed yang diketahui ramai kurang senang dengan kemasukan artis Singapura ke Malaysia, kemudian mengambil kesempatan untuk menyingkap kes artis luar negara yang pernah datang ke Malaysia.

Ada segelintir cuba membuat kekecohan dalam persada seni hiburan Malaysia. Justeru, beliau berkata inilah sebabnya Malaysia perlu kawal kemasukan artis-artis luar.

Ditanya tentang penglibatan Afifah pula dalam kes Aliff, Zed Zaid berkata, perkara itu berlaku “bukan dalam penggambaran” tetapi “di luar penggambaran”, jadi ia merupakan hal “peribadi”.

Zed berkata, beliau enggan “kacau” tentang perkara melibatkan perkara “peribadi”. Ada juga pengguna Facebook yang menyindir sikap dwitara Zed Zaidi dalam soal begini.

Pengguna bernama Suzi Shah misalnya menulis begini di Facebook Rotikaya: “Habis si Awie yang pukul bini dia tak berani pulak nak sound. Tak berani pulak nak lu gua lu gua dengan Awie…”

Pengguna bernama Mohamad Noor pula berkata: “Senang cakap si ZZ (Zed Zaidi) takut dengan Awie… kalau dia masuk campur… confirm rumah kena gegar…. hahaha… Sudah tu sudahlah ZZ…… jaga rumahtangga sendiri…”

Ada juga mempersoalkan cara Zed Zaidi bersuara, memandangkan jawatan beliau sebagai presiden persatuan. Pengguna Facebook bernama OneDee MdNoor menulis menerusi Facebook Rotikaya:

“Publisiti murahan. Gini kah cara seorang presiden satu persatuan berbicara? Lu gua lu gua. Nak tunjuk samseng pun salah tempat.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Aliff AzizZed Zaidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd