• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan KL Sertai Program Bantu Kehidupan

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 100 orang gelandangan di sekitar ibu negara menawarkan diri untuk mengikuti Program Pemantapan Jati Diri Gelandangan Fasa Pertama yang diharapkan dapat memberi motivasi bagi mereka memulakan kehidupan baharu yang lebih baik untuk jangka panjang.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata mereka akan ditempatkan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Geo-Kosmo, Kuala Kubu Bharu dan Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin dengan segala kos logistik dan sara hidup ditanggung selain diberikan elaun bulanan .

“Program ini akan mengambil masa dua bulan bermula hari ini hingga 30 Sept,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan ‘operasi menyelamat gelandangan’, di sini hari ini.
Operasi yang pertama seumpamanya diadakan itu bertujuan memujuk ratusan individu gelandangan di ibu negara menyertai program tersebut yang dianjurkan kementerian berkenaan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan.

Operasi yang berlangsung dari tengah malam tadi hingga 5 pagi ini di Masjid Jamek, Lebuh Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid Negara dan Masjid India dianggap berjaya apabila kumpulan pertama lebih 100 gelandangan berjaya dipujuk dan didaftar sebagai peserta.

Adnan berharap menerusi program itu golongan gelandangan dapat dibantu dan dibimbing untuk memulakan kehidupan baru sekali gus mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan.

Mereka akan didedahkan kepada pelbagai ilmu melalui modul program seperti kenegaraan; latihan kerjaya dan pekerjaan; modul kesihatan, pendidikan Islam dan moral; serta keusahawanan.

“Usaha menyelamatkan golongan ini bertujuan memberi pembelaan kepada mereka selain menyediakan peluang dan pendedahan secara formal dengan modul pengisian bagi menyuntik sifat dan kemahiran nilai kemanusiaan,” katanya.

Beliau juga menganggarkan kira-kira 360 orang gelandangan akan dapat dipujuk untuk turut serta dalam program fasa pertama itu daripada tiga fasa yang dirancang sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, Adnan turut meminta badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbang bantuan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu negara memanfaatkan Pusat Transit Gelandangan berhampiran Jalan Pahang di sini, bagi memastikan pengagihan dapat dibuat secara teratur.

Ini kerana katanya, walaupun niatnya murni, tindakan sesetengah NGO yang menganjurkan program bantuan gelandangan secara tidak teratur di sekitar Kuala Lumpur menyebabkan kawasan itu kotor dan tidak terurus sehingga mencemarkan imej ibu negara. – BERNAMA

Tags: gelandanganpekerjaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Gerangan ‘Uncle Robert Si Legend Kuching’?

Next Post

Ingin Payudara Palsu? Lelaki Pondan Ini Ada Caranya

Related Posts

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan

Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan

28/01/2023
0

Subang Jaya : Orang ramai gempar apabila menemukan bagasi yang disangka mengandungi bom di kawasan stesen transit aliran ringan (LRT)...

Next Post

Ingin Payudara Palsu? Lelaki Pondan Ini Ada Caranya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd