• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Dah Mengaku Salah, Afifah Masih Berdiam Diri

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM sudah tahu pelakon baharu Afifah Nasir terpalit kontroversi berpegangan tangan dan keluar berkaraoke bersama Aliff Aziz yang sudah beristeri.

Kasihan Wan Ariff, ‘redha’ sahaja ditipu hidup-hidup Afifah Nasir.

Bagaimanapun, kekasih Afifah yang bernama Wan Ariff nampaknya tidak terkesan dengan kontroversi itu malah dia turut mengakui sudah melihat sendiri rakaman CCTV itu, namun jejaka itu masih setia di sisi Afifah.

Ramai netizen melahirkan perasaan kasihan dengan Wan Ariff yang dilihat kembali setia dengan teman wanitanya itu.

Bak kata para netizen,“Belum sah jadi isteri sudah pandai selingkuh, bila sudah berkahwin nanti macam mana la kan? Mungkin lebih teruk dia ‘bodohkan’ suaminya!”

Dalam sidang media yang dilakukan Aliff dan isteri, Bella Astillah semalam, Aliff meminta Afifah agar tampil memohon maaf dan tidak berdolak-dalik lagi mengenai hubungan mereka berdua sebelum ini.

Aliff membuat permohanan maaf secara terbuka terhadap isterinya, Bella Astillah (tengah) dalam satu sidang akhbar, Isnin lalu.

Malah, Aliff juga berkata isterinya sudah pun memaafkan dirinya dan kehidupan mereka suami isteri berjalan seperti biasa.

Bertuah sungguh Aliff, sudah lakukan kesalahan besar pun isteri masih setia di sisi. Murni sungguh hati seorang Bella Astillah!

Dalam sidang akhbar tersebut, dia mengakui kesilapan tersebut merupakan paling besar yang pernah dilakukan dalam kehidupannya yang mana turut melibatkan beberapa pihak lain.

Dalam pada itu, dia turut memohon Afifah supaya henti menipu orang ramai termasuk tunang dan ahli keluarganya sendiri.

“Saya harap pihak Afifah tidak berdolak-dalik dan berfikiran sama untuk mengaku bersalah. Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah.

“Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir,” ujarnya.

Menerusi hasil pemerhatian Mynewshub di laman Instagram Afifah, dia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu melibatkan dirinya dan gadis berusia 24 tahun ini turut menutup ruangan komen di laman sosial itu, mungkin enggan melihat komen-komen buruk netizen yang dilemparkan terhadapnya.

Kini, kakak-kakaknya iaitu pelakon Anzalna Nasir dan Diana Nasir terpaksa tukarkan profail Instagram mereka kepada private kerana tidak tahan menerima kecaman netizen setiap hari.

Malah, adik Aliff iaitu penyanyi Aisyah Aziz turut dimaki hamun walaupun terang-terang dia tiada kena-mengena. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afifah NasirAliff Azizbella astillah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd