• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Penganggur Disyaki Cabul Kanak-kanak

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak di Kampung Tambirat, Asajaya, kira-kira 35 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditangkap susulan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 42 tahun mendakwa isterinya mendapati bahagian sulit anak perempuan mereka yang berusia setahun tujuh bulan lebam.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa seorang lagi anak perempuan mereka yang berusia lima tahun tujuh bulan memberitahu isterinya yang suspek menciumnya serta diminta melakukan perbuatan seksual.

Susulan itu, polis menahan suspek yang juga saudara jauh keluarga berkenaan dan dia kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 14 (a) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, katanya.

“Mereka yang disabitkan kesalahan menurut seksyen ini boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun serta boleh disebat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dev Kumar berkata ini merupakan kes kedua direkodkan di Sarawak selepas akta baharu itu diluluskan Parlimen pada April lalu. – BERNAMA

Tags: Datuk Dev Kumar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Penemuan Kepala Wanita: Suami Akan Didakwa Esok

15/03/2018
0

KUCHING – Suami kepada wanita warga China yang kepalanya ditemui tanpa badan di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait, Sri...

Pakar Patologi Mesir Dilaporkan Hilang Selamat

17/12/2017
0

KUCHING – Seorang pakar patologi dari Mesir yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, yang dilaporkan hilang sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd