• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Perhutanan Selangor Ditegur Urus Hutan Lipur

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, menegur  beberapa  kelemahan yang perlu diambil perhatian dan ditambahbaik oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menguruskan hutan lipur.

Menurut laporan itu, antara kelemahan ialah JPNS masih belum memohon kelulusan untuk mewartakan pengelasan sembilan hutan lipur daripada Kerajaan Negeri.

Hutan lipur itu adalah Hutan Lipur Sungai Tekala, Hutan Lipur Gunung Nuang, Hutan Lipur Ampang, Hutan Lipur Sungai Tua, Hutan Lipur Sungai Sendat, Taman Eko Rimba Komanwel, Hutan Lipur Sungai Gabai, Hutan Lipur Sungai Congkak dan Hutan Lipur Sungai Kanching.

“Semakan audit mendapati hanya tiga daripada keseluruhan 12 hutan lipur di Selangor telah diwartakan oleh JPNS iaitu Taman Rimba Templer, Hutan Simpan Kota Damansara dan Hutan Simpan Ayer Hitam (Tambahan).

“Manakala sembilan lagi hutan lipur masih belum diwartakan walaupun terdapat aktiviti rekreasi dijalankan dalam kawasan tersebut,” menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Menurut laporan itu, menerusi maklum balas daripada JPNS pada 24 Feb lepas, jabatan itu kini dalam proses menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi mewartakan pengelasan hutan lipur tersebut kepada hutan terbuka.

Laporan audit itu menyebut, JPNS memaklumkan proses pewartaan dalam pengelasan hutan lipur kepada hutan terbuka dijangka dapat diselesaikan pada bulan Sept 2017.

Laporan tersebut turut menegur kegagalan JPNS menjalankan kerja pembersihan lumut di laluan pejalan kaki, dinding bangunan dan pondok rehat selain tiada sasaran bilangan pengunjung ditetapkan bagi program hutan lipur.

Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan pengurusan hutan lipur di Selangor, laporan audit mengsyorkan JPNS mengambil beberapa tindakan, antaranya memastikan pewartaan hutan lipur  dilaksanakan secepat mungkin supaya setiap aktiviti dapat dijalankan mengikut peraturan dan akta ditetapkan.

JPNS juga perlu memastikan perolehan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawainya mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa selain memantapkan mekanisme pemantauan  bagi memastikan semua kerja oleh kontraktor sentiasa mengikut spesifikasi ditetapkan serta berkualiti.

Laporan itu turut mengsyorkan agar sasaran bilangan pengunjung di semua hutan lipur disediakan sebagai Petunjuk Keberhasilan Utama dan perancangan bagi pembangunan kemudahan tambahan pada masa hadapan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Ulang Tahun Keputeraan Buat Tunku Abu Bakar Ibrahim

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Ulang Tahun Keputeraan Buat Tunku Abu Bakar Ibrahim

16/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan selamat sempena ulang tahun keputeraan Tunku Abu Bakar Ibrahim....

Banyak Kenderaan Bunyi Hon Tanda Sokongan Ketika Melintasi Khemah Jentera BN

Banyak Kenderaan Bunyi Hon Tanda Sokongan Ketika Melintasi Khemah Jentera BN

16/07/2026
0

SEREMBAN – Banyak kenderaan yang melalui khemah jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) membunyikan hon sebagai tanda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd