• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Aksi Suspek Degil, Ditembak Polis Tetapi Tetap Lari

oleh AK-47
23/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Begitu degil dan jahatnya penjenayah di dalam video ini apabila enggan mengalah kepada anggota polis biarpun sudah diacukan pistol serta tayar keretanya ditembak beberapa kali.

Klip video selama 2.07 minit itu disebarkan di laman sosial Facebook menunjukkan aksi dua penjenayah cuba memboloskan diri daripada ditangkap dengan menggunakan sebuah Perodua MYVI yang dicuri.

Kejadian mendebarkan itu berlaku pada 18 Deisember lepas di sebuah taman rekreasi di Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah.

MENARIK – Kes Culik Gemparkan Sabah Pada 2014

Biarpun nampak seperti kereta MYVI dipandu penjenayah itu tidak boleh melarikan diri kerana ruang yang sempit, tetapi mereka tidak mengendahkannnya tetapi mengundurkan kereta mereka berkali-kali sehingga bahagian hadapan kereta remuk.

Kereta dicuri itu turut melanggar kereta di belakang dan sebuah motosikal dipercayai ditunggang oleh anggota polis yang bertopi keledar itu.

Jika didengar betul-betul, anggota polis itu melepaskan beberapa das tembakan dipercayai ditujukan ke tayar MYVI berkenaan tetapi penjenayah itu tetap berdegil.

Tinjauan mendapati, ada portal menghubungi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M Chandra berkenaan kes itu bagi mendapatkan kenyataan lanjut.

Beliau mengesahkan kejadian itu dan berkata anggota polis itu sudah berusaha menghentikan kereta yang dicuri tetapi suspek bertindak lebih agresif.

“Walaupun pegawai polis itu melepaskan tembakan sebanyak empat das ke arah tayar kereta Perodua Myvi itu, penjenayah terbabit terus melarikan diri dari tempat kejadian.

“Kereta itu kemudian ditemui ditinggalkan berhampiran sebuah sekolah antarabangsa kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Kami telah mengenalpasti salah seorang daripada dua orang lelaki terbabit, yang merupakan seorang bekas banduan dan orang dikehendaki dalam beberapa kes jenayah lain baru-baru ini,” katanya di petik portal The Rakyat Post.

Post by Julin Claudel.

Menurut Chandra, seorang daripada suspek dikenali sebagai Samri Samsul, 28, dipercayai terlibat beberapa kes pecah rumah di Luyang.

Dia telah dibebaskan dengan jaminan dan akan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan pecah rumah serta kes narkotik.

Chandra berkata, polis masih berusaha mengenalpasti suspek kedua di dalam kereta itu.

Menceritakan lebih lanjut, Chandra berkata, kejadian itu bermula apabila seorang anggota polis yang sedang meronda di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan di taman rekreasi tersebut.

“Anggota polis itu pergi untuk memeriksa dan mengetuk tingkap kereta. Kedua-dua suspek bagaimanapun, tidak membenarkan polis memeriksa mereka dan dengan serta-merta cuba bertindak melarikan diri.

“Dalam usaha mereka untuk melepaskan diri, mereka juga merempuh empat kenderaan lain yang diletakkan dan motosikal anggota polis tersebut.

“Malah salah seorang daripada suspek telah mencabar anggota polis untuk menembak mereka jika berani,” ujarnya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kereta Myvi yang ditinggalkan suspek menemui sebilah pisau pemotong daging dan beberapa peralatan dipercayai digunakan penjenayah untuk melakukan pecah rumah.

Chandra juga memaklumkan tiada kejadian tidak diingini berlaku dan operasi memburu kedua-dua penjenayah terbabit masih dijalankan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

 

Tags: penjenayahSabahSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd