• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan menukar kerajaan yang sedia ada bukanlah jaminan dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah, malah dikhuatiri akan lebih memudaratkan negara dan rakyat.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa kebangkitan rakyat atau Arab Springs yang menyaksikan banyak negara Timur Tengah seperti Iraq, kini bergolak.

“Menukar kerajaan bukan penyelesaian, kalau lebih baik masuk akal… kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana… itu bodoh punya kerja… Minta maaf terpaksa kata.

“Doktor saya di IJN (Institut Jantung Negara) bagi tahu ada pesakitnya orang Iraq apabila tanya mana lebih baik dahulu atau sekarang, dia kata seburuk-buruk zaman Presiden Saddam Hussein sekurang-kurangnya mereka ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman.

“Tetapi sekarang lihatlah, hancur lebur semuanya… kerana itulah menjatuhkan kerajaan sedia ada tidak akan menjanjikan kerajaan yang lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis di sini hari ini.

Persidangan turut dihadiri Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Beliau berkata Malaysia telah melalui banyak fasa pembangunan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di kawasan bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan projek-projek ekonomi berimpak tinggi selain kebajikan rakyat sentiasa dibela.

“Sehingga hari ini pakar-pakar ekonomi mengatakan Malaysia hari ini berjaya terlepas daripada perangkap pendapatan pertengahan. Malaysia kini merupakan negara ke-25 paling berdaya saing dunia. Perkembangan ekonomi negara kita juga diramalkan boleh menghampiri tahap lima peratus.

“Malaysia bukan negara gagal, kenapa perlu menukar kerajaan kalau kerajaan sedia ada boleh membantu rakyat dan membangunkan negara,” katanya.

Sementara itu Najib berkata kekuatan parti UMNO bukan terletak kepada individu mahupun presiden, tetapi adalah disebabkan perpaduan di kalangan tiga juta anggotanya di seluruh negara.

“Malah bila Allahyarham Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO meninggalkan parti ini, UMNO tidak terkubur begitu sahaja, malah parti keramat ini terus kekal subur sehingga kini, sebab itu apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad kata dia tidak akan kembali kepada UMNO, go ahead… tak jadi masalah kepada UMNO.

“Saya bukan takbur, saya bukan hina dia kerana saya sedar dan tawaduk kekuatan saya kini adalah disebabkan sokongan oleh lebih tiga juta anggota parti ini,” katanya.

Beliau turut menempelak Dr. Mahathir yang sering membuat serangan terhadap dirinya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan beliau (Dr. Mahathir) sendiri gagal ketika mentadbir sehingga negara mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Proton dia gagal kita kena selamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion, MAS rugi, Perwaja rugi, Bakun rugi dan macam-macam lagi rugi. Zaman dia, kerugian sebanyak RM33 billion akibat pertukaran asing (forex), siapa nak jawab.

“Dia asyik sebut pasal 1MDB sedangkan kita ada tanah dan aset yang boleh tarik pelabur dan mengembalikan semula keuntungan. Tetapi RM33 billion itu siapa nak jawab… Dr. Mahathir nak jawab? Jawablah di RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd