• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Pertahan Hak Asasi Wanita Bersekedudukan

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) berpandangan kerajaan bertanggungjawab memberi perlindungan kepada wanita yang menjadi mangsa dera di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) walaupun wanita itu belum berkahwin, sebaliknya bersekedudukan dan berzina dengan lelaki yang menderanya.

Ketua Wanita PAN, Dr. Siti Mariah Mahmud mendakwa kononnya pihak yang membantah cadangan supaya wanita yang bersekedukan dan berzina yang menjadi mangsa dera pasangannya dikategorikan dibawah AKRT gagal melihat secara mendalam dan meluas tentang cadangan tersebut.

“Dalam kes pasangan yang tidak berkahwin, tetapi berkesedudukan, ada dua isu yang berbeza. Tidak dinafikan untuk orang Islam ia satu dosa. Bagi orang bukan Islam, ia “non issue” dan memang inilah yang dikehendaki.

“Jikalau kita membuat premis yang orang berdosa tidak ada hak untuk dilindungi, ia bertentangan dengan Islam dan juga hak asasi manusia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian gara-gara kesal dikecam umat Islam negara ini kerana mencadangkan di Parlimen supaya kes penderaan melibatkan pasangan kekasih yang bersekedudukan dan berzina turut termaktub dalam AKRT.

Cadangan pimpinan wanita Pakatan Harapan itu dilihat seolah-olah bertujuan menggalakkan rakyat negara ini termasuk beragama Islam berkesedudukan tanpa perkahwinan yang sah.

Siti Mariah memberi contoh perkahwinan yang tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia kerana berpoligami dan gadis yang melarikan diri dari rumah dan bersekedudukan dengan kekasih demi cinta bagi menjustifikasikan cadangan beliau.

Selain itu beliau memberi contoh penganut bukan Islam yang bersekedudukan kerana pada mereka perkahwinan merupakan satu perkara yang leceh tetapi pada akhirnya menjadi mangsa dera.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia jelas memahami AKRT adalah bagi melindungi mereka yang menjadi mangsa penderaan rumah tangga, manakala bagi yang belum berumah tangga termaktub dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 323 dan 324.

“Cukuplah contoh-contoh sebagai menggambarkan bahawa kita ada kes-kes/prima facie untuk memberi mereka perlindungan dari keganasan. Setakat ini tiada undang-undang yang boleh melindungi mereka dari keganasan. Kalau nak buat undang-undang lain macam tak logik sahaja dan akan mengambil masa yang lama.

“Paling mudah ialah mengintegrasi golongan ini (bersekedudukan dan berzina) dalam definisi mereka yang layak dilindungi dari kekerasan di dalam akta rumah tangga,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Siti Mariah Mahmud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Pembangkang Iktiraf Tangani Gejala Buli

17/06/2017
0

KUALA LUMPUR - "Saya mengakui kerajaan (Malaysia) sudah melakukan yang terbaik dalam usaha membanteras gejala buli," kata Ketua Wanita Parti...

Wanita PAN Desak Warden Tahfiz Dihukum Keras

27/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Amanah Negara (PAN) mendesak supaya pembantu warden sebuah sekolah tahfiz dekat Kota Tinggi, Johor dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd