• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Pembangkang Iktiraf Tangani Gejala Buli

oleh AK-47
17/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya mengakui kerajaan (Malaysia) sudah melakukan yang terbaik dalam usaha membanteras gejala buli,” kata Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN), Dr. Siti Mariah Mahmud.

Menurut beliau, antara usaha yang dilakukan kerajaan termasuk menerbitkan iklan-iklan di televisyen sebagai ingatan dan pengajaran kepada masyarakat berhubung gejala buli.

Bagaimanapun, kata beliau, kejadian buli masih berlaku, maka memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan perbuatan jenayah itu dapat dihentikan.

Beliau dalam pada itu membangkitkan persoalan sama ada gejala buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di Malaysia disebabkan pengaruh aksi-aksi ganas dalam filem.

“Saya berpandangan, krisis moral yang terlampau sadis dalam kalangan remaja hari ini perlu diberikan perhatian khusus oleh pelbagai pihak.

“Mungkin ada kala mereka tidak menunjukkan kecenderungan yang ganas tetapi kerana gagal mengawal rasa marah, mereka sanggup bertindak di luar batasan malah tindakan kejam serta keterlaluan sehingga membabitkan objek merbahaya membayangkan tipisnya pertimbangan akal dan perikemanusiaan pembuli.

“Dari manakah mereka mendapat ilham kaedah pembulian melampau seperti ini? Adakah terpengaruh dengan aksi-aksi ganas dalam filem-filem?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kejadian dua pelajar T. Nhaveen dan Zulfarhan Osman Zulkarnian yang meninggal dunia dipercayai akibat menjadi mangsa buli.

Siti Mariah berkata, usia pembuli terbabit masih mentah tetapi dengan kejadian sehingga meragut nyawa mencalarkan masa depan mereka.  -MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Siti Mariah MahmudGejala Buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gejala Buli Harus Dibendung – Titah Pemangku Sultan Johor

Gejala Buli Harus Dibendung – Titah Pemangku Sultan Johor

19/08/2025
0

JOHOR BAHRU – DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bertitah bahawa gejala buli perlu dibendung segera dengan pelaksanaan langkah...

Video: Pelajar Dibelasah Tak Ingat Dunia…

15/02/2025
0

KES buli seperti tiada penghujungnya, ada sahaja kejadian yang dilaporkan dan ia tidak mengira sama ada di dalam mahupun di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd