• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 20 Tahun Di Zoo, Orang Utan ‘Sandra’ Bebas Merdeka

oleh
23/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUENOS AIRES – Seekor orang utan betina akhirnya berjaya dibebaskan daripada kurungan Zoo Buenos Aires selama 20 tahun selepas sebuah mahkamah tempatan di sini semalam mengesahkan mamalia itu berhak menikmati hidup lebih baik di tempat semula jadi.

Orang utan bernama Sandra dan berusia 28 tahun itu didakwa kumpulan peguam aktivis badan hak asasi haiwan Argentina atau AFADA dikurung tanpa asas selama dua dekad sebelum mereka memfailkan writ habeas corpus bagi membebaskan binatang liar itu.

“Meskipun secara biologi Sandra bukan manusia; yang tidak boleh dikurung tanpa sebab di bawah konvensyen antarabangsa, namun ia secara emosi ada perasaan manusia yang mahu nikmat hidup bebas merdeka,” kata seorang peguam AFADA, Andres Gil Dominguez.

Mahkamah bersetuju dengan writ AFADA itu kerana di bawah undang-undang Argentina, Sandra boleh dianggap lebih hampir kepada ‘manusia’ berbanding ‘benda’ berdasarkan perkembangan perasaan kemanusian orang utan tersebut sekali gus layak bebas.

Sandra merupakan spesies orang utan asal dari Sumatera, Indonesia yang berjaya dilahirkan di sebuah zoo di Jerman pada 1986 sebelum dipindahkan ke Argentina dan keputusan mahkamah itu bakal memindahkan ia ke kawasan pemuliharaan hutan semula jadi.

Jika pihak Zoo Buenos Aires tidak mengemukakan rayuan dalam tempoh tertentu, Sandra boleh dilepaskan dan AFADA kini dalam proses mencari tempat terbaik bagi orang utan ini menghabiskan hidupnya di Brazil yang memiliki kawasan sesuai untuk mamalia itu.

Dominguez berkata, mahkamah sebelum ini pernah menolak kes tuntutan sama oleh pelbagai badan hak asasi haiwan lain bagi membebaskan gorila dan cimpanzi atas alasan gagal membuktikan haiwan primat itu memiliki daya fikir seperti manusia normal. – Agensi

Tags: Argentinahaiwanhak asasimahkamahSandra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd