• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Elektrik Di Rantau Panjang Pulih Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
22/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan membaik pulih sepenuhnya bekalan elektrik yang terputus akibat banjir di beberapa kawasan di Rantau Panjang sejak Rabu lalu.

Pengurus Besar TNB Kelantan, Md Yuslan Md Yusof, berkata kerja baik pulih itu siap sepenuhnya, petang semalam.

“Keadaan banjir pun dah semakin baik oleh sebab itu kita sambungkan semula bekalan yang terputus sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan menurun sedikit daripada 18,012 orang pagi tadi kepada 16,181 yang membabitkan 53 pusat pemindahan berbanding 56 pusat pagi tadi.

Jumlah keluarga yang terbabit juga menurun daripada 5,995 keluarga pagi tadi kepada 5,376 keluarga tengah hari ini.

Md Yuslan berkata, sehingga kini masih terdapat enam lokasi di negeri ini yang masih belum dapat dibaik pulih memandangkan keadaan banjir di kawasan berkenaan masih buruk.

Katanya, enam kawasan berkenaan ialah satu kawasan di Kuala Krai, dua kawasan di Pasir Mas dan tiga kawasan di Tumpat.

“Namun kita akan pulihkan dengan secepat mungkin sekiranya keadaan banjir sudah pulih dan tidak berbahaya kepada orang ramai,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd