• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Tak Percaya PDRM Kurang Jenayah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengurangkan kadar jenayah 47 peratus sejak lapan tahun lalu.

Pemimpin ulung Pakatan Harapan itu tidak percaya fakta tersebut hanya kerana ramai menteri dan orang kenamaan (VIP) dikawal pengawal peribadi sejak lapan tahun lalu.

Selain itu, beliau mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa PDRM diiktiraf antara pasukan polis terbaik di rantau ASEAN.

“Zahid kata orang ramai yang `skeptical’ masih melihat polis tidak berkesan walaupun kadar jenayah negara menurun 47 peratus.

“Keyakinan orang ramai terhadap keupayaan polis untuk melawan dan mengurangkan kadar jenayah bukan semata-mata kerana aspek perhubungan awam dan mesra,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada 26 Julai lalu berkata, rakyat masih mempunyai keraguan terhadap keselamatan awam walaupun indeks jenayah sudah menurun 47 peratus, enam tahun selepas pelancaran Program Transformasi Kerajaan dan pengenalan Inisiatif Pengurangan Jenayah.

Kata beliau, PDRM sebelum ini diiktiraf sebagai agensi keselamatan terbaik di negara ASEAN menerusi pelbagai usaha dilakukan dalam membanteras jenayah.

“Ini realiti tetapi persepsi masyarakat masih tidak bersetuju kerana minda kita sering melihat kepada isu negatif.

“Ketakutan dan ragu-ragu adalah satu cabaran yang sangat besar bagi kerajaan kerana data yang diberikan itu diragukan orang awam,” kata Ahmad Zahid. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPKit SiangPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Kit Siang Korbankan Prinsip Demi Tegakkan Keadilan Tumbangkan BN – Mat Sabu

Kit Siang Korbankan Prinsip Demi Tegakkan Keadilan Tumbangkan BN – Mat Sabu

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbau jasa veteran DAP, Lim Kit Siang yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd