• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Luar Nikah Tak Perlu Berbinkan `Abdullah’

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan bayi pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah berbinkan kepada nama bapanya sendiri.

Menurut beliau, keputusan mahkamah rayuan itu diharap dapat menutup keaiban, memberi peluang insan bertaubat, tidak menghukum anak yang tidak bersalah dan ke arah menghindarkan mentaliti ‘islam agama hukuman’.

“Islam merupakan rahmat untuk sekalian alam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mynewshub semalam melaporkan bayi pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah sama ada akibat zina atau rogol kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan kepada nama bapanya sendiri.

Panel hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencapai keputusan penting tersebut ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun dan ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.

Media tempatan melaporkan bahawa ibu dan bapa kepada kanak-kanak tersebut masing-masing bertindak sebagai perayu kedua dan perayu ketiga, serya kedua-duanya beragama Islam telah bernikah pada 24 Oktober 2009.

Keputusan terbaharu oleh panel hakim Mahkamah Rayuan itu dilihat bertentangan dengan pandangan dikeluarkan pihak Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 

Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir mereka yang berpegang kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd