• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Bedah Malaysia Diiktiraf Di Singapura

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keupayaan pakar perubatan Malaysia sering mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, dan kejayaan terbaru negara melibatkan pakar bedah Vaskular Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Hanafiah Harunarashid yang menerima anugerah fellowship daripada Akademi Perubatan Singapura.

Lebih manis lagi,  pengiktirafan itu yang mengharumkan nama negara itu disaksikan oleh Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam yang menjadi tetamu kehormat pada majlis itu yang diadakan di Singapura pada 22 Julai lepas.

Dr Hanafiah, 50,  yang pernah menjadi rakyat Malaysia pertama dan termuda menerima International Surgical Award daripada Royal College of Surgeons Edinburgh Scotland pada 2015, menyifatkan pemberian anugerah itu membuktikan bidang perubatan Malaysia adalah setaraf dengan negara maju.

“Ini merupakan penghargaan besar kepada negara khususnya institusi perubatan, dan paling membanggakan ia diberikan pada majlis yang begitu bermakna iaitu ketika sambutan ulang tahun ke-60 Akademi Perubatan Singapura.

“Penghargaan ini secara tidak langsung menjadi simbol kejayaan buat semua pakar bedah negara dan ini membuktikan kepakaran kita diiktiraf pihak luar,” katanya kepada Bernama.

Melalui pengiktirafan itu, beliau berharap ia dapat memantapkan jalinan kerjasama di antara negara-negara ASEAN dalam pembangunan industri perubatan serta melahirkan pelapis pakar bidang perubatan khususnya pembedahan.

Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang perubatan, Dr Hanafiah merupakan Presiden Kolej Pembedahan di Akademi Perubatan Malaysia serta Penasihat Pembedahan Antarabangsa Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd