• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

26 Bungkus Daun Ketum, 43 Botol Ubat Batuk Dirampas

oleh Ahmad Albab
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sebanyak 26 beg plastik berisi daun ketum dan 43 botol cecair dipercayai ubat batuk antara bahan larangan yang dirampas pihak polis selepas menahan seorang lelaki tempatan dalam satu sekatan jalan raya di Bandar Puteri di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Alzafny Ahmad berkata suspek berusia 30-an yang memandu kereta Nissan Sylphy ditahan kira-kira 2.30 pagi.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, pihaknya menjumpai 26 bungkusan beg plastik berisi daun ketum seberat kira-kira 28 kilogram di bahagian bonet kereta dan pemeriksaan lanjut menemui sebotol cecair disyaki air ketum serta sebuah beg galas hitam yang di dalamnya terdapat 43 botol cecair ubat batuk.

“Pemeriksaan badan terhadap suspek menemukan sebuah beg kecil yang diselitkan di pinggangnya mengandungi sembilan paket plastik lutsinar berisi keseluruhan 300 biji pil disyaki yaba (pil kuda), 12 keping foil, yang mana setiap keping mengandungi 10 bijil pil disyaki Eramin 5, keseluruhan berjumlah 120 biji.

“Turut ditemui pada suspek ialah satu paket plastik lutsinar mengandungi sembilan biji pil disyaki ecstacy dan kesemua barangan yang dirampas bernilai kira-kira RM7,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini.

Alzafny berkata suspek kini direman seminggu sehingga 31 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1) serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga seumur hidup, sebatan serta denda.

Beliau berkata polis percaya kesemua bahan larangan itu adalah untuk edaran di sekitar daerah itu dan pihaknya sedang menyiasat mengenai penglibatan suspek dengan mana-mana sindiket dadah.

“Suspek yang menjalankan kerja-kerja kontrak dan memegang status bankrap turut didapati mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkenaan dadah. Air kencingnya juga diuji positif dadah jenis Amphetamine,” katanya.   – BERNAMA

Tags: ketumubat batuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd