• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penahanan 7 Lelaki Selesaikan 8 Kes Samun Kedai Emas

oleh Ahmad Albab
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor berjaya menyelesaikan lapan kes samun kedai emas di sekitar negeri itu yang dilaporkan sejak 2015 dengan penahanan tujuh lelaki yang disyaki terbabit dalam rompakan kedai emas di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek berusia 17 hingga 45 tahun itu dipercayai terlibat dalam semua kes berkenaan yang mencatatkan kerugian keseluruhan kira-kira RM15 juta.

“Siasatan menunjukkan mereka bergiat aktif melakukan jenayah itu di sekitar Selangor sejak 2015 sehingga semalam termasuk di kawasan Shah Alam, Banting, Puchong, dan Sri Kembangan serta Kajang.

“Selain itu, kumpulan ini dilaporkan turut terlibat dalam dua lagi kes samun kedai emas di sekitar Kuala Lumpur pada hujung tahun lepas iaitu di Kuchai Lama dan Brickfields,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan tujuh suspek tersebut, polis Selangor kini giat mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terlibat sama dalam kegiatan samun kedai emas di negeri itu.

Katanya kesemua suspek ditahan untuk siasatan menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjat Api (Penalti lebih berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang semalam, kesemua suspek diberkas polis di sebuah rumah di Dengkil dekat sini, tiga jam selepas melakukan samun di sebuah kedai emas di Bandar Tun Hussein Onn yang membabitkan kerugian RM3 juta.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui semula sebahagian besar daripada barangan kemas yang disamun serta beberapa senjata api dan penukul yang digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd