• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Offer Berlakon Punca Amyra Rosli Dituduh ‘Demand’

oleh Ahmad Albab
23/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Amyra Rosli menjelaskan gosip yang mengatakan dia mula bersikap ‘demand’ mungkin berpunca daripada dia menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 23, berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan soal bayaran sebaliknya faktor masa menjadi penyebab dia berbuat demikian.

“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu saya tidak bersikap ‘demand’ dan saya tolak kerana faktor jadual yang padat dengan projek lain.

“Saya boleh terima tetapi saya sedar ia akan menimbulkan masalah lain kerana tidak dapat memberikan komitmen,” katanya kepada mStar Online.

Amyra menjelaskan gosip kononnya dia mula berubah sikap semenjak namanya sebagai pelakon semakin melonjak selain seringkali diberikan peranan utama oleh produksi.

Dalam pada itu, Amyra berkata, sepanjang dua tahun melibatkan diri sebagai pelakon dia tidak pernah meletakkan harga kerana menyedarai masih baharu dalam bidang seni.

Malah dia dan ibu yang juga pengurusnya, Noor Zaridah Ahmad sentiasa bertoleransi berhubung soal bayaran dan setakat ini tidak pernah merungut dengan hasil diterima.

“Semua perkara boleh dibawa berbincang dan sekiranya ada toleransi antara kedua-dua belah pihak pasti tiada masalah,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon utama drama bersiri Suamiku Encik Sotong itu memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada produksi yang ingin menggandingkannya dengan bekas tunangnya, Dazrin Kamaruddin dalam sesebuah projek.

Jelas Amyra, dia profesional sekiranya ia melibatkan kerjaya dan apa yang berlaku diantaranya dengan Dazrin adalah masalah peribadi.

“Jika ada tawaran saya akan lihat skrip terlebih dahulu dan jika bersesuaian saya tidak lihat mengapa perlu tolak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Amyra berkata, buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya dan tidak terlalu memikirkan soal cinta.

Jelas Amyra, tahun hadapan dia ingin mengembangkan kerjaya lakonannya ke tahap lebih baik dan tidak mahu berada di tahap sama.

“Bukan bererti saya serik untuk bercinta tetapi buat masa ini biarlah dahulu dan kerjaya harus diutamakan,” katanya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd