• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menyorok Di Rumah Lepas Langgar Lari

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Seorang murid lelaki mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa langgar lari ketika hendak melintas jalan di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini, semalam.

Menurut ibu saudara mangsa, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Jugra itu dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux kira-kira jam 6 petang ketika pulang dari sekolah agama.

Bagaimanapun, pemandu Hilux itu dikatakan tidak berhenti dan sebaliknya melarikan diri dari tempat kejadian meninggalkan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan paramedik bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan rawatan kepada mangsa yang seterusnya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

“Sekarang anak saudara saya masih berada di zon merah di hospital. Terdapat pendarahan di kepala dan bahagian tengkorak di kawasan matanya retak,” kata Zurita Abdul Hamid.

Tambah wanita itu, pihak keluarganya telah membuat laporan polis mengenai insiden itu dan difahamkan pemandu tidak bertangungjawab itu kini telah dikenal pasti.

“Laporan polis telah dibuat dan kereta Hilux yang langgar lari itu pun sudah dikesan. Cuma saya rasa terkilan kepada pemandu berkenaan yang menganggap hal ini perkara kecil.

“Langgar lari satu hal, lepas tu ibu bapa si pemandu berkenaan pula cuba menyorokkan anak mereka dalam rumah. Tak bermakna awak berada awak boleh buat sesuka hati,” katanya lagi.

Tambahnya, anak saudaranya itu yang sebelum ini berada di zon merah HTAR mungkin akan dihantar ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan lanjut.

Sehingga kini, netizen di media sosial mengecam keras tindakan pemandu tidak bertanggungjawab berkenaan yang dilihat seakan-akan cuba ‘mengelak’ gara-gara mengakibatkan kemalangan.

“Kurang ajar betul yang langgar lari tu… mohon warga Kuala Langat mana yang tahu tolong beri kerjasama. Kita bawa ke muka pengadilan, Ya Allah selamatkan la adik ini, Tabahkan keluarga beliau,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd