• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menunggu laporan penuh status kecederaan pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenai penyertaan pemain itu dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM bersedia untuk menamakan penggantinya jika pemain berusia 17 tahun itu tidak dapat beraksi di temasya dwitahunan tersebut selepas mengalami kecederaan buku lali kiri di Kejohanan Badminton Remaja Asia, Jakarta pada Isnin.

Juara dunia remaja 2015 itu dijangka akan mengetahui nasibnya selepas menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI) di Institut Sukan Negara (ISN) esok.

“Perkara (kecederaan) ini tidak dijangka. Sebagai penganjur kita perlu menghantar skuad yang mengagumkan. Kalau Jin Wei boleh bermain, ia sangat bagus dan saya mahu beliau hanya fokus kepada Sukan SEA. Sekiranya beliau tidak dapat beraksi, kita akan fikirkan siapa akan menggantikannya.

“Kejohanan Sekolah ASEAN di Singapura dan kejohanan di Jakarta merupakan dua kejohanan yang penting, sebab itu kita setuju dengan permintaan Kementerian Pendidikan dan membenarkan Jin Wei bermain dalam acara berpasukan.

“Kita telah memikirkan bahawa beliau ada Terbuka New Zealand pada minggu depan dan Sukan SEA, sebab itu kita tidak membenarkannya bermain dalam aksi perseorangan wanita di kedua-dua kejohanan itu. Saya tidak mahu orang membuat andaian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan penajaan oleh Bata Malaysia kepada kontinjen Sukan SEA negara di Wisma OCM di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan bahawa jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mempersoalkan keperluan BAM menghantar Jin Wei menyertai banyak kejohanan sehingga meningkatkan risiko kecederaannya.

Mohamad Norza berkata beliau akan mengambil maklum perkara itu dan meneliti apakah punca sebenar kecederaan selain telah mengarahkan pakar dari  ISN untuk memberikan sokongan mental kepada Jin Wei.

“Saya kesian dengan Jin Wei kerana beliau masih berumur 17 tahun, seorang pelajar sekolah dan perlu bermain untuk kedua-dua pasukan remaja dan senior. Saya rasa untuk menjadi pemain nombor satu negara seperti yang diidamkannya, lebih banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilaluinya.

“Kita perlu menjaganya dengan baik kerana beliau merupakan aset negara. Saya akan berbincang dengan pasukan Program Podium untuk melihat keupayaan sebenar pemain itu,” kata Mohamad Norza.

BAM sebelum ini telah menyenarai Jin Wei dan Soniah Cheah dalam acara perseorangan wanita untuk Sukan SEA manakala Ho Yen Mei dan Lee Ying Ying disenaraikan bagi acara berpasukan.

Sementara itu Mohamad Norza mengesahkan bahawa pemain perseorangan lelaki R. Satheeswaran telah menghantar surat meletak jawatan kepada BAM dengan alasan untuk melanjutkan pelajarannya. – BERNAMA

Tags: BAMDatuk Seri Mohamad Norza ZakariaJin Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buruh Curi Sedozen Pakaian Dalam 2 Gadis Dicekup

Next Post

Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd