• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bata Perkenal Kasut Harimau Kontinjen Malaysia

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bata (Malaysia) Sdn Bhd (Bata Malaysia) hari ini memperkenalkan reka bentuk eksklusif kasut yang diilhamkan daripada Harimau Malaya untuk kegunaan kontinjen negara di temasya Sukan SEA ke-29, dan menyerahkan penajaan bernilai lebih RM300,000.

Reka bentuk kasut di bawah jenama ‘Power’ itu dicipta khas dalam warna oren dan hitam sebagai kasut rasmi Kontinjen Malaysia bagi semua jenis sukan di bawah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia (MOM), termasuk untuk kegunaan 1,263 atlet dan pegawai yang terlibat dengan temasya sukan itu dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Dilengkapi bahagian atas yang diperbuat daripada nylon lembut serta bahagian  belakang yang kukuh dan tapak luar untuk cengkaman lebih mantap, bahagian tengah tapak kasut ini menggunakan  phylon ringan untuk menyerap hentakan dengan lebih berkesan dan akan digunakan semasa sesi latihan, memanaskan badan dan penerimaan hadiah.

Pengurus Bata Malaysia, Ajay Ramachandran berkata aktiviti penyelidikan dan pembangunan dilakukan secara mendalam bagi menghasilkan reka bentuk kasut berkenaan yang ditaja untuk kontinjen negara dan tidak akan diedar di pasaran.

“Sebelum, menghasilkan reka bentuk itu, kami berbincang dengan MOM dan mendapatkan gambaran tentang reka bentuk pakaian seragam, kemudian barulah kami guna teknologi serta pengetahuan kami selama 100 tahun dalam bidang pembuatan kasut agar sepadan dengan pakaian seragam itu,  dan selesa. Selepas itu, kami kemukakan enam reka bentuk kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan beliau memilih yang ini.

“Reka bentuk ini khusus untuk kegunaan Kontinjen Malaysia. Untuk orang ramai, kami akan lancarkan lapan jenis reka bentuk lain menjelang minggu depan, yang lebih kurang sama dengannya serta mempunyai logo MOM,” katanya kepada Bernama selepas upacara penyerahan penajaan kepada kontinjen negara di Wisma OCM di sini hari ini.

Ajay berkata, oleh kerana 50 hingga 70 peratus daripada perniagaan Bata di Malaysia berpunca daripada jenama Power, syarikat Switzerland itu berhasrat membuat pelaburan besar dalam jenama berkenaan bagi menguasai pasaran peringkat pertengahan dengan menawarkan pakaian sukan berharga patut, tetapi berkualiti tinggi.

Sementara itu, Timbalan Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengucapkan terima kasih kepada Bata Malaysia atas sokongan berterusannya kepada kontinjen negara dan telah menyumbang penajaan bernilai lebih RM1.5 juta sejak 2001.

“Secara umumnya, hubungan ini meliputi tiga Sukan Olimpik, tiga Sukan Asia, tiga Sukan Komanwel dan enam Sukan SEA. Selain kasut sukan, Bata juga menaja kasut kulit untuk kontinjen ini,”kata beliau.

Turut hadir, Presiden MOM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Chef de Mission Sukan SEA Datuk Marina Chin dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Korporat Bata Primavera Shd Bhd Datuk James Selvaraj. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd