• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Hanya Kanak-Kanak Divaksin Daftar Tadika

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk hanya membenarkan kanak-kanak yang telah divaksin sahaja untuk mendaftar di tadika, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata cadangan itu bukan suatu diskriminasi terhadap kanak-kanak yang tidak divaksin, sebaliknya sebagai langkah perlindungan terhadap kanak-kanak lain di tadika.

“Ia masih di peringkat kajian. Keputusan akan dibuat selaras dengan penerimaan rakyat Malaysia,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) mengenai sama ada kerajaan mahu mengenakan tindakan lebih tegas kepada ibu bapa yang enggan memberi imunisasi kepada anak-anak, di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya  pendekatan itu turut diamalkan di Australia dengan tadika-tadika mewajibkan kanak-kanak yang telah divaksin sahaja dibolehkan mendaftar.

Dr Subramaniam berkata kementerian juga telah bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam menyediakan maklumat tepat mengenai kepentingan suntikan vaksin.

“Antara yang dilaksanakan ialah mewujudkan kumpulan advokasi imunisasi, menganjurkan forum dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menyediakan maklumat di portal MyHealth untuk rujukan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd