• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

550 Penagih Tegar Dikenakan Tindakan

oleh Ahmad Albab
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Seramai 550 penagih dadah tegar di seluruh negara sudah dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan mandatori lima tahun penjara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka merupakan penagih yang ditangkap dan didapati mempunyai sekurang-kurangnya dua rekod kesalahan dadah lampau.

“Seksyen 39C ADB 1952 tersebut memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan.

“Pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggunakan seksyen ini adalah bagi mengenakan hukuman keras kepada para penagih tegar supaya tidak mengulangi kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Sri Lalang di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata penggunaan Seksyen 39C ADB 1952 juga merupakan ‘senjata’ baharu kepada polis dalam mengenakan tindakan terhadap penagih selain Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Beliau berkata Seksyen 39C ADB 1952 sebenarnya sudah lama diwujudkan, namun, jarang dikenakan kepada pesalah walaupun ada yang sudah beberapa kali ditahan kerana kesalahan sama.

“Kaedah sebelum ini tidak menakutkan pesalah dan polis terpaksa menggunakan pendekatan lain (Seksyen 39C ADB 1952) bagi menangani isu membabitkan kesalahan dadah berulang,” katanya.

Sementara itu, mengenai Balai Polis Sri Lalang, Mohd Mokhtar berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan dan kesungguhan PDRM untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

Beliau berkata Balai Polis Sri Lalang mula dibina pada zaman darurat iaitu Februari 1950 dan sejajar dengan keperluan masa kini, balai asal itu digantikan dengan balai baharu lebih moden.

“Pembinaan Balai Polis Sri Lalang dengan dilengkapi 12 unit rumah kelas F dimulakan di atas tapak balai polis lama yang dirobohkan pada 1 Mei 2009 dan siap dibina sepenuhnya pada 8 Mac 2011 dengan kos sebanyak RM10.2 juta,” katanya.

Beliau berkata balai itu diketuai seorang anggota berpangkat Sarjan Mejar, dua sarjan, enam koperal, 10 lans koperal dan konstabel serta seorang pegawai awam.

Katanya pentadbiran Balai Polis Sri Lalang meliputi kawasan seluas 72.84 kilometer persegi dengan kepadatan 23,286 orang penduduk. – BERNAMA

Tags: Penagih Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd