• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arnab Gergasi Mati, Pemilik Saman United Airlines

oleh Ahmad Albab
27/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN pemilik arnab gergasi bertindak menyaman United Airlines berikutan kematian haiwan bernama Simon itu semasa dalam penerbangan dari London, Britain ke Iowa, Amerika Syarikat (AS).

Mereka mendakwa, kakitangan syarikat penerbangan berkenaan bertanggungjawab atas kematian haiwan peliharaan tersebut yang dalam perjalanan menyertai satu pameran bagi mengutip dana bagi sebuah acara tahunan.

Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Daerah Polk County, Des Moines, Iowa oleh sekumpulan tiga ahli perniagaan yang membeli baka arnab dari United Kingdom (UK) berkenaan.

Simon yang berusia 10 bulan itu dilaporkan memiliki ukuran badan sepanjang 1.04 meter dan ditemui mati pada 20 April lalu.

Baca: Arnab Gergasi Maut Dalam Kargo United Airlines

Menurut peguam pemilik haiwan itu, Simon diterbangkan dari UK ke Kansas City sebelum ditemui mati dalam kargo semasa penerbangan singgah di Chicago.

Kata peguam itu lagi, kemungkinan arnab gergasi itu mati selepas diletakkan dalam peti sejuk selama 16 jam semasa mendarat. Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh United Airlines.

Plaintif mendakwa bahawa pekerja-pekerja syarikat itu segera membakar bangkai Simon tanpa kebenaran pemiliknya dan sebelum keputusan bedah siasat bagi menentukan kematiannya diperoleh.

“Keadaan dan sebab kematian Simon masih sangat curiga,” kata kumpulan itu dalam tuntutan 14 halamannya, yang menuduh syarikat penerbangan itu memiliki rekod buruk mengendalikan haiwan dalam penerbangannya.

Mereka menuntut pampasan yang tidak ditentukan jumlahnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: arnabUnited Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pangku Anak Lebih 3 Jam, United Airlines Disaman

26/07/2017
0

LOS ANGELES - Seorang wanita yang terpaksa memangku anaknya lebih tiga jam ketika dalam penerbangan dari Hawaii ke Boston memutuskan...

Jual Daging Arnab, Bukan Kucing – Pemilik Kedai

09/06/2017
0

KECOH di media sosial baru-baru ini apabila dua keping gambar kononnya seorang peniaga di sebuah gerai bazar Ramadan di Setiu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd