• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50% Pengguna Teksi Guna Aplikasi E-Hailing

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 50 peratus pengguna teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar atau ‘e-hailing’ untuk mendapatkan perkhidmatan teksi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Bagaimanapun, beliau berkata, hanya 14 peratus daripada pemandu teksi  menggunakan perkhidmatan  yang sama untuk mendapatkan penumpang.

Nancy  berkata pemandu teksi seharusnya memanfaatkan penggunaan teknologi itu dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

“Perkhidmatan e-hailing tidak harus dilihat sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi konvensional, tetapi harus digunakan sebagai peluang kepada pemandu teksi dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan trend pasaran,” katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

RUU itu antara lain, mencadangkan takrif kenderaan ‘e-hailing’ dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan menjadikan perkhidmatan antaranya Grabcar dan Uber satu perkhidmatan awam yang sah.

Nancy berkata  perkhidmatan e-hailing wajar dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perantara, tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang.

“Langkah kawal selia itu untuk memastikan penggunaan teknologi membawa kesan yang positif bukan sahaja kepada pemandu teksi, pemandu kenderaan e-hailing dan penumpang, malah memberi ruang kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menerokai peluang dalam industri itu melalui pembangunan sistem aplikasi tempatan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd