• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

196 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Bersepadu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan 196 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam empat serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) awal hari ini.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd Noor berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 144 warga Myanmar termasuk tiga kanak-kanak dan empat wanita, Nepal (25), Bangladesh (19), Indonesia (enam) dan dua wanita Vietnam.

“Kesemua mereka gagal menunjukkan menunjukkan dokumen perjalanan yang sah, tidak mempunyai permit bekerja atau tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua warga asing berusia antara sembilan dan 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut.

Operasi bersepadu selama tujuh jam itu berakhir 5 pagi tadi melibatkan 109 pegawai dan 825 anggota, yang memberi tumpuan kepada memantau kegiatan warga asing bagi menangani kes jenayah membabitkan golongan itu.

Rusli berkata selain itu, sebanyak 1,956 kenderaan diperiksa meliputi 841 motosikal, 259 kereta, 19 van manakala selebihnya ialah lori dan bas melibatkan 1,403 pemandu serta penumpang.

Sejumlah 77 notis saman POL 257 dan 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu melebihi had laju, meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan tiada lesen memandu. – BERNAMA

Tags: poliswarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd