• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Kelulusan Sebelum Laksana Aktiviti Pertanian

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Semua pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah kerajaan negeri perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan awal  daripada pihak berkuasa khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) bagi mengelak menanggung rugi jika hasil pertanian mereka dimusnahkan, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata perkara ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan berlaku konflik antara  pengusaha tanah dan pihak berkuasa khususnya PTJ apabila tanaman itu terpaksa dimusnahkan bagi memberi laluan kepda projek pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.

“Sepatutnya dapatkan kelulusan dahulu kerana jika penduduk tanam getah secara tak sah, kami tak tahu dan ia sekali gus mengganggu perancangan PTJ di sesetengah tempat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa kira-kira 100 penduduk Kampung Peralla, Tanah Merah mendesak kerajaan negeri supaya membatalkan hasrat menjadikan kawasan kebun getah seluas 250 hektar di kawasan milik kerajaan negeri itu sebagai tapak perlombongan emas.

Penduduk mendakwa kebun itu  yang telah diusahakan sejak 2011 dengan bayaran premium RM18,000 bagi setiap 2.5 hektar kian terancam apabila kerja perlombongan sejak awal tahun menyebabkan 100 pokok getah ditebang setakat ini dengan bayaran pampasan RM10 bagi setiap batang pokok.

Ditanya mengenai isu ini, Ahmad berkata kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap perkara itu dan berjanji untuk menyiasat punca sebenar kejadian.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis berkenaan, Ahmad berkata kerajaan negeri memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta memberi pandangan terhadap Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 bermula semalam hingga 30 Ogos depan yang dipamerkan di kawasan strategik terutama Pejabat Majlis daerah. di setiap jajahan.

Beliau berkata pandangan orang awam terhadap hala tuju membabitkan pembangunan negeri ini amat diperlukan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 mengenal pasti lima teras strategik pembangunan melalui 83 strategi, termasuklah penyelarasan terhadap projek infrastruktur berimpak tinggi seperi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Empangan Hidro Elektrik Nenggiri dan Lebir serta Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT 3). – BERNAMA

Tags: KelantanPertanian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd