• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Bukan Mahu Lawan Pakatan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Keputusan PAS meletak calon pada mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti mungkin menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi tindakan itu bukan untuk melawan pakatan pembangkang.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata PAS mempunyai pertimbangan tersendiri untuk meletakkan calon mereka bertanding.

“Kita tak lawan pembangkang tapi kita ada dasar sendiri. Kita meletakkan calon mengikut keputusan parti dan keputusan itu bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang kesal dengan hasrat PAS untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.

Pua mendakwa tindakan itu secara jelas memperlihatkan PAS ingin menewaskan pakatan pembangkang pada PRU14 supaya Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu Ahmad turut mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di negeri ini.

“DAP nak letak semua calon mereka di Kelantan pun boleh,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh memuat naik gambar beliau bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

Muhyiddin Dukacita, Ingatkan PAS Bahawa Bersatu Pengasas PN

Muhyiddin Dukacita, Ingatkan PAS Bahawa Bersatu Pengasas PN

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal dalam Perikatan Nasional (PN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd