• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pangku Anak Lebih 3 Jam, United Airlines Disaman

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Seorang wanita yang terpaksa memangku anaknya lebih tiga jam ketika dalam penerbangan dari Hawaii ke Boston memutuskan untuk saman syarikat penerbangan United Airlines.

Menurut media tempatan Hawaii News Now, wanita dikenali Shirley Yamauchi bertugas di Sekolah Menengah Kapolei Hawaii berkata, tindakan saman itu bertujuan melindungi penumpang lain agar tidak menerima layanan sama sebagaimana yang dialaminya.

“United Airlines memberitahu akan melakukan perubahan dan saya mahu melihatnya. Saya tidak mahu penumpang lain berdepan situasi bahaya,” kata Yamauchi kepada Hawaii News Now.

Menurut peguam, Yamauchi berkata, beliau bersedia menghadapi perbicaraan jika perlu.

Yamauchi terpaksa memangku anak lelakinya berusia 2 tahun untuk penerbangan yang mengambil masa keseluruhan selama 18 jam dari Hawaii ke Boston, walaupun telah membayar hampir AS$1,000 termasuk tempat duduk anaknya.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 29 Jun semasa pesawat mendarat di Houston selepas lima jam perjalanan, seorang penumpang yang baru menaiki pesawat mendakwa tempat duduk anaknya adalah miliknya.

Yamauchi kemudian mengadu kepada seorang pembantu penerbangan dan memaklumkan tempat duduk anaknya telah dibeli tiga bulan lepas, namun aduan beliau tidak diendahkan dengan alasan penerbangan penuh.

Lima hari kemudian, United Airlines mengeluarkan permohonan maaf dan akan memberikan ganjaran istimewa untuk penerbangan balik beliau dari Houston ke Hawaii.

Bagaimanapun, beliau merasakan tindakan syarikat penerbangan itu tidak ikhlas.

Sejak kebelakangan ini, United Airlines sering dilanda kontroversi termasuk insiden pada April yang membabitkan seorang penumpang diseret keluar dari pesawat kerana lebihan tempahan.  – BERNAMA

Tags: HawaiisamanUnited Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd