• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyata GST 12 PBT Selangor Diragui – KP Kastam

oleh
25/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kastam Diraja Malaysia mendedahkan sebanyak 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor telah menghantar penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diragui.

Ia melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM36 juta yang didapati tidak berasas dan menyalahi peruntukan undang-undang GST.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya telah menghubungi kesemua PBT tersebut namun tidak memberi sebarang maklum balas.

Beliau berkata, di bawah peruntukan undang-undang, jabatan itu berhak menahan pembayaran sebarang tuntutan jika terdapat keraguan atau pernyataan yang meragukan dalam borang pengikraran yang dikemukakan.

“Kita beri mereka tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan kerana pihak kastam tidak berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah walaupun tindakan boleh diambil.

“Tetapi jika mereka masih degil kita mungkin akan ke mahkamah untuk selesaikan perkara ini,” kata Subromaniam pada sidang akhbar sempena Majlis Mesra Ketua Pengarah Kastam Bersama Media 2017 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee yang mendakwa kastam masih berhutang lebih RM36 juta jumlah tuntutan bayar balik GST kepada 12 PBT di Selangor pada Julai lalu.

Tien Chee mendakwa kononnya jumlah hutang tersebut melibatkan tuntutan sejak September 2016 sehingga Jun 2017 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GSTKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd