• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Kesal Permohonan Rumah Tak Dijawab

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Seorang ibu tunggal bukan sahaja kehilangan harta benda akibat kebakaran pada September tahun lalu, malah dibebani hutang apabila gagal membayar sewa rumah di Alor Setar.

Muniroh Abdullah, 62, dari Kampung Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Bukit Ular, di sini amat mengharapkan permohonan rumah baharu dapat dilaksanakan segera seperti dijanjikan lembaga itu.

Ketika ditemui di sini hari ini, Muniroh  berkata selepas kebakaran berlaku dia yang menetap bersama seorang anaknya, Marliana Md Noh, 32, dan dua anak Muniroh berusia empat dan enam tahun terpaksa berpindah ke Alor Setar untuk menyewa sebuah rumah.

Oleh kerana tidak mempunyai pekerjaan dan bergantung kepada Marliana sebagai pembantu kedai makan dengan upah tidak seberapa, mereka tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM350 sebulan menyebabkan terpaksa berhutang sejak sebulan lalu.

“Saya sering sakit dan banyak bergantung kepada Marliana untuk menyara kehidupan kami, tapi sampai bila kami perlu membayar sewa yang menjadikan kami terbeban sehingga hari ini,” katanya.

Muniroh berkata,  beliau kini masih ternanti-nanti jawapan dari pihak Keda kerana segala surat menyurat dan dokumen telah diserahkan sebelum ini.

Sementara itu, Pegawai Zon Padang Terap, Zaidi Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum perkara itu dan hanya menunggu peruntukan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membina rumah Muniroh. – BERNAMA

Tags: ibu tunggal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd