• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biro Kebajikan UMNO Agih Bantuan Banjir Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
21/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Biro Kebajikan Umno Malaysia hari ini mengagihkan bantuan peralatan yang dapat dimanfaatkan oleh 15,000 keluarga yang terjejas akibat banjir di negeri ini.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bantuan tersebut akan diagihkan kepada mangsa di pusat-pusat pemindahan seperti di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

“Saya diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengagihkan segera bantuan kepada mangsa yang terjejas di kawasan dinaiki air di negeri ini.

“Difahamkan kawasan yang paling teruk terjejas banjir adalah Rantau Panjang dan Tumpat dan tumpuan lebih akan diberikan di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Misi Bantuan Kemanusian Biro Kebajikan Umno Malaysia di sini.

Tanpa menyebut jumlah keseluruhan bantuan yang akan diagihkan, beliau berkata tujuh buah kontena yang berisi barangan keperluan seperti beras, tilam, selipar, selimut dan lain-lain akan disalurkan di pusat-pusat pemindahan yang telah dikenal pasti.

Abdul Azeez berkata fasa pertama bantuan ini memfokuskan bantuan di pusat-pusat pemindahan terlebih dahulu bagi memberi keselesaan kepada masyarakat.

“Fasa pertama bantuan adalah di kawasan pusat pemindahan, saya akan bincang dengan Badan Perhubungan Umno negeri berhubung bentuk bantuan susulan yang akan kita beri nanti.

“Kita ingin selesaikan di pusat pemindahan untuk beri keselesaan kepada orang ramai terutama kanak-kanak,” katanya.

Jumlah mangsa banjir di lapan jajahan di Kelantan meningkat kepada 21,328 orang pagi ini berbanding 19,186 orang malam tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa banjir daripada 6,933 keluarga itu ditempatkan di 84 pusat pemindahan dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 12,008 orang yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan berbanding 11,079 orang malam tadi. – BERNAMA

Tags: BanjirUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd