• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Dekat Di Hati PM Najib – Puad Zarkashi

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Sebanyak enam  insentif diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada peneroka termasuk insentif khas berjumlah RM5,000 bersempena sambutan Hari Peneroka Felda 2017 semalam membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan Felda.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi berkata ia sekaligus menafikan segala tohmahan pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak akan membela nasib golongan peneroka dan Felda akan muflis.

“Ini turut membuktikan perdana menteri melihat golongan peneroka Felda adalah satu keutamaan dan dekat di hatinya memandangkan ia adalah perjuangan bersama antara beliau dan bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua) yang memperjuangkan penubuhan Felda.

“Perdana menteri sangat komited  untuk membantu para peneroka dan golongan generasi kedua terus mendapat manfaat daripada pelbagai program yang kerajaan laksanakan untuk mereka sehingga apa yang dilakukan kerajaan ini mendapat perhatian daripada negara lain,” katanya.

Puad yang juga ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri JASA di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu  Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Najib semalam mengumumkan enam insentif kepada golongan peneroka antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Dalam pada itu, Puad berkata JASA  kini sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 pada bila-bila masa terutama dalam isu komunikasi strategik dalam menghadapi ‘serangan’ pihak pembangkang terhadap kerajaan.

“Kita akan memberi keutamaan dalam memastikan kandungan dan penyebaran sesuatu maklumat menerusi pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan Telegram adalah benar bagi memastikan kita dapat menangkis serangan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan oleh pembangkang.

“Ini akan dilakukan oleh petugas-petugas JASA di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (pada isu-isu) yang jadi tumpuan menerusi akaun (media sosial) milik mereka atau akaun-akaun lain agar maklumat yang tepat dapat disebarkan terus kepada akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd