• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Anwar Reformis 1998 Tolak Pimpinan Tun M

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sejak 13 Julai lalu ternyata mengundang perbalahan yang teruk dalam kalangan penyokong pembangkang.

Kumpulan penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak tahun 1998 dikenali sebagai Otai Reformis 1998 hari ini menyatakan pendirian tegas mereka menolak pimpinan Mahathir.

Otai Reformis 1998 dalam satu resolusi menyebut pertubuhan itu menolak Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau dilantik sebagai Perdana Menteri, menteri kanan atau penasihat jika Pakatan Harapan berjaya memerintah Malaysia.

Malah, Otai Reformis 1998 menuntut Pakatan Harapan memasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuj menubuhkan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Mahathir walaupun Mahathir kini bersama pembangkang.

“Otai Reformis 1998 bersetuju agar mana-mana ahlinya yang mempunyai​ jawatan dalam mana-mana parti Pakatan Harapan untuk melepaskan jawatan yang disandang dalam gerakan Otai Reformis 1998,” kata resolusi berkenaan lagi.

Lantaran itu, Pengerusi Otai Reformis 1998 merangkap Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Saari Sungib dalam resolusi sama mengumumkan peletakan jawatan.

Setiausaha Otai 1998, Abdul Razak Ismail turut meletakkan jawatannya kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Mahathir dalam Pakatan Harapan, malah mengambil keputusan menentang Pakatan Harapan dlm PRU14 atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Hasrat Mahathir untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan pernah ditentang oleh Anwar, namun bantahan Anwar itu dipandang sepi pemimpin DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan sebilangan pemimpin PKR sendiri termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mahathir akhirnya dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu hasil sokongan kuat DAP dan PAN kerana DAP berpendirian Mahathir mampu meraih sokongan kaum Melayu untuk parti cauvanis tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd