• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Renminbi Bakal Gantikan US Dolar?

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RENMINBI bermaksud Wang Rakyat dan menjadi mata wang Republik Rakyat China.

Nama penuh bagi Renminbi ialah Wang Bank Rakyat China. Singkatan kod rasmi ISO 4217 ialah CNY (China Yuan). Tetapi singkatan yang digunakan pada peringkat antarabangsa ialah RMB dan simbolnya ¥.

Ekonomi China ialah yang kedua terbesar di dunia mengikut KDNK selepas Amerika Syarikat. Pada masa sama menjadia ekonomi utama dunia yang paling pesat berkembang. China mencapai purata pertumbuhan 10 peratus untuk 30 tahun yang lalu.

China juga pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar barangan dunia. Enam rakan dagangan utamanya (AS, Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Jerman) membentuk lebih 50 peratus perdagangan antarabangsa China.

Mata wang Renminbi China berjaya menembusi kelompok mata wang rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan dilihat sebagai pengubah jangka panjang bagi kemudahan perdagangan dan pelaburan global dan serantau.

Keadaan ini berhasil menaikkan lagi keyakinan para pelabur terhadap mata wang Renminbi.

IMF mengumumkan Renminbi atau Yuan akan menyertai kelompok mata wang rizab seperti dolar Amerika Syarikat (AS), Euro, Yen dan Pound.

Kali terakhir pindaan terhadap kelompok itu dibuat pada 2000 apabila Euro menggantikan Mark Jerman dan Franc Perancis.

Berikutan kepesatan angka dagangan antara China dan ASEAN, termasuk Malaysia, perkembangan ini pasti memberi manfaat kerana kedudukan Renminbi yang lebih stabil serta meraih pengiktirafan antarabangsa.

Malaysia antara rakan dagang terbesar China dalam kalangan negara anggota ASEAN. Justeru kemasukan Renminbi dalam mata wang IMF akan membantu kerajaan menggalakkan penggunaan dan penerimaan mata wang China berbanding dolar AS.

China juga meluluskan geran Y50 bilion melalui program Pelabur Institusi Asing Berkelayakan RMB (RQFII), dimana Malaysia antara negara yang dipilih bagi menerima kuota itu.

Program ini bakal menyediakan peluang lebih luas kepada pelabur institusi Malaysia untuk memilih pelaburan asing yang tepat berikutan persekitaran ekonomi global semasa yang tidak menentu. Ia juga akan terus mempertingkat perdagangan dua hala antara Malaysia dan China.

#laskarmalaya

Tags: Chinadolar Amerika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd