• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Felda Komited Terus Sokong PM

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Para peneroka Felda komited akan terus menyokong usaha kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengurusan Felda bagi membawa agensi itu ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Peneroka Felda Samsudin Othman yang mewakili semua warga Felda berkata para peneroka bersyukur dengan nikmat pembangunan yang dikecapi pada hari ini.

“Peranan kita sekarang ialah bersama menyokong kuat segala usaha kerajaan.

“Kita jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang sentiasa cuba memecahbelahkan dan meracuni pemikiran kita semua,” katanya pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Najib merasmikan majlis sambutan itu yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Samsudin menyarankan agar generasi baharu Felda lebih berani dan bersemangat untuk membawa  Felda ke peringkat global.

Beliau berkata generasi baharu Felda perlu memikul peranan dan tanggungjawab terbesar untuk meneruskan dan melestarikan legasi Felda yang telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Di sebalik pelbagai kejayaan, jangan kita sesekali lupa jasa mereka yang berada di belakang dan menyokong tanpa jemu.

“Kejayaan yang dikecapi ini tidak datang bergolek sendiri. Ia adalah hasil titik peluh dan kerjasama semua peneroka dan pemimpin yang menjadikan Felda sebuah organisasi yang mantap,” katanya.

Hari Peneroka Felda 2017 Peringkat Kebangsaan yang diadakan selama tiga hari itu di Dataran Putrajaya di sini berjaya menarik kira-kira 50,000 pengunjung termasuk lebih 25,000 peneroka dari 11 wilayah di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd