• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: 94,956 Peneroka Felda Dapat Insentif RM5,000

oleh AK-47
23/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM5,000 kepada 94,956 peneroka yang bernaung di bawah Felda.

Najib berkata, insentif khas itu akan dibayar pada penghujung bulan Ogos ini.

Khabar gembira yang diumumkan perdana menteri itu bersempena sambutan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang berlangsung di Dataran Putrajaya sejak Jumaat hingga hari ini.

Menurut Najib, kerajaan tidak akan berhenti membantu warga Felda sebagai menghargai sumbangan mereka dalam memajukan industri komoditi negara.

“Insentif ini akan diberikan kepada 94,956 peneroka yang bernaung di bawah Felda yang akan dibayar pada hujung bulan Ogos ini,” katanya di sini.

Selain itu, peneroka yang bukan berada di bawah Felda, mereka diberi tempoh sehingga enam bulan untuk kembali semula dengan Felda, atau tidak akan menerima semua insentif yang telah disenaraikan oleh perdana menteri.

“Namun begitu, waktu untuk kembali bermuafakat bersama Felda ini adalah bagi tempoh enam bulan, bermula Ogos 2017 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Felda,” katanya.

Najib berkata bagi peneroka yang kembali bermufakat nanti, mereka layak untuk menerima enam insentif tersebut bermula Februari 2018.

Selain insentif khas itu, Najib turut mengumumkan lima insentif lain antaranya penghapusan hutang tanam semula sebanyak RM5,000, penghapusan baki pinjaman saham FGV, kelulusan lebih dari satu unit rumah dalam satu tanah Felda dan peruntukkan RM420 juta dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) untuk menaik taraf tanah rancangan felda di Pahang.

Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan karnival tiga hari itu sambil disaksikan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Seramai 25,000 pengunjung dilaporkan hadir pada hari ini bagi sama-sama mendengar berita gembira yang diumumkan perdana menteri buat mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FeldaPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Serah 260 Ekor Lembu Korban Kepada Parlimen Permatang Pauh

PM Anwar Serah 260 Ekor Lembu Korban Kepada Parlimen Permatang Pauh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sebanyak 260 ekor lembu korban kepada Parlimen Permatang Pauh menerusi...

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd