• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Duda Teman Baharu Azharina

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Azharina Azhar mengaku dia kini sedang berkawan dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda.

Azharina, 32, berkata, sikap lelaki tersebut yang matang, berkerjaya selain begitu baik dengan anak lelakinya, Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang berusia tiga tahun membuatkan dia selesa dengan hubungan itu.

“Setakat ini hanya dia seorang yang berani dekat (ketawa). Kami berkenalan di sebuah majlis yang memerlukan saya menyanyi di situ dan sejak itu kami berkawan.

“Apa-apa pun masih terlalu awal untuk saya berkongsi lanjut mengenai hubungan ini kerana belum berputik perasaan cinta. Cukup saya katakan kami berkawan sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Azharina ditemui di majlis rumah terbukanya yang berlangsung di Ruang Event Space, USJ, Subang di sini pada Jumaat.

Turut diraikan ialah 10 orang anak yatim dari Tahfiz Nurul Iman selain kelab peminat dan rakan media.


Azharina bersama sebahagian daripada kelab peminat di majlis rumah terbukanya.

Tambahnya lagi, sehingga hari ini ayahnya masih belum diberitahu mengenai hal itu kerana tidak mahu berkongsi sesuatu yang masih tidak pasti apatah lagi di saat dirinya masih trauma dengan penceraian dahulu.

Dalam pada itu kata bekas juara Gegar Vaganza musim ketiga ini lagi dia tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk mencari jodoh selain menyerahkannya kepada ketentuan Allah.

“Apa-apa pun saya ada syarat untuk menerima kehadiran seseorang lelaki di dalam hidup saya di mana dia haruslah lebih berusia daripada saya.

“Ini kerana saya seorang yang matang dan perlukan individu yang lebih matang untuk membimbing saya. Kalau boleh biar berusia 45 tahun ke atas,” ujarnya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, dia yang turut mesra disapa Nina ini bakal terbitkan single keduanya berjudul Seribu Cinta duet bersama artis Indonesia, Rizal Badilah.

Lagu tersebut kini sudah boleh di dengar di laman youtube dan bakal memasuki radio pada Ogos depan. – mStar Online

Tags: Azharina Azharpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd