• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Semua Orang Kenal Kita” – Amy Mastura

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIARPUN berpengalaman luas dalam bidang seni, namun penyanyi dan pelakon Amy Mastura tetap mahu dilihat seperti pendatang baharu.

Amy atau nama sebenar Amy Mastura Suhaimi, 46, berkata dia tidak perlu bersikap meninggi diri dengan status artis senior kerana ramai diantara artis baharu yang mempunyai pengetahuan lebih daripadanya.

“Saya sentiasa menganggap diri masih lagi baru dalam bidang seni. Walaupun kita berpengalaman lama dalam industri ini tapi pelakon baru lagi banyak pengetahuan daripada kita.

“Kadang-kadang ada antara mereka bertanya pendapat dan ada juga yang saya belajar daripada anak-anak muda ini.

“Saya tidak ada masalah berlakon di samping pelakon baharu sebab ada di antara mereka ini lebih banyak ilmu daripada saya. Sebab itu saya tidak pandang rendah pada mereka,” kata Amy kepada mStar Online.


Amy Mastura sememangnya dikenali antara artis yang merendah diri.

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia tidak boleh mengharapkan semua orang mengenali dirinya.

Disebabkan itu, dia sentiasa berfikiran positif jika ada dalam kalangan mereka tidak bertegur-sapa dengannya.

“Tak bolehlah anggap semua orang kenal kita sebab ada saja yang tidak kenal. Kemungkinan ketika zaman saya, mereka belum ada lagi.

“Jika jumpa di mana-mana majlis, ada yang tidak menegur-sapa, fikir positif yang mereka tak perasan saya turut hadir ketika itu,” ujarnya.

Sementara itu, Amy semakin aktif dalam dunia lakonan berbanding nyanyian.

Drama terbaru lakonannya, Mencintaimu Mr. Photographer, sedang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di Astro Ria. – mStar Online

Tags: amy masturaArtis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd