• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Melayu Jangan Pertaruh Undi PRU-14

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengingatkan pengundi Melayu supaya tidak mempertaruhkan undi kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 untuk mengelak DAP menerajui pentadbiran negara.

Beliau berkata perkara itu tidak boleh diambil mudah kerana kemenangan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk membentuk kerajaan Persekutan sekali gus memartabatkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

“Jangan bagi (undi) kepada pembangkang…. kalau pembangkang menang, sudah tentu diketuai DAP dan kita semua duduk di bawah telunjuk DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di Jitra dekat sini, hari ini. Turut hadir Ketua Wanita UMNO bahagian itu Datuk Khalidah Adibah Ayob.

Shahidan berkata realitinya pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membentuk kuasa dan jemaah menteri yang mampu menjaga kebajikan rakyat.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat bijak dalam menilai kerajaan sedia ada di bawah pentadbiran BN dan UMNO yang sangat mengutamakan kepentingan serta kesejahteraan rakyat . – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan KassimPRU14UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd