• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ejen Memang Tidak Diperlukan Untuk Tuntut WTD

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki warga emas bersyukur kerana tidak terpedaya dengan tipu helah seorang lelaki yang menghubunginya mendakwa sebagai ejen untuk membuat tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Hanya ingin dikenali sebagai Rahim, 60, beliau berkata lelaki berkenaan menghubunginya beberapa hari lepas untuk menawarkan perkhidmatan membuat tuntutan WTD dengan bayaran RM1,000.

“Saya terkejut bila dihubungi kerana katanya saya layak membuat tuntutan untuk akaun insurans lama. Mujur saya tidak mudah terpengaruh sebaliknya saya datang sendiri ke sini membuat semakan tanpa sebarang bayaran.

“Saya dimaklumkan saya tidak mempunyai sebarang WTD,” katanya ketika ditemui Bernama di Jabatan Akauntan Negara negeri Perak di sini, hari ini.

Seorang pegawai Unit WTD yang enggan dikenali berkata jabatan berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membuat tuntutan WTD.

Beliau berkata orang ramai yang merasakan mereka mempunyai akaun bank lama atau insurans boleh datang membuat semakan dengan hanya mengisi borang disediakan dan kad pengenalan.

“Kakitangan unit ini akan membuat semakan dalam masa 10 hingga 15 minit dan memaklumkan keputusan kepada pemilik akaun.

“Jika mereka ada WTD, kakitangan di sini akan memberi penerangan untuk langkah-langkah seterusnya dalam membuat tuntutan termasuk keperluan mendapatkan pengesahan daripada bank atau syarikat berkaitan,” katanya.

Seorang anggota tentera, Mohammad Shafiq Ahmad Puad, 25, berkata dia mengetahui mengenai perkara itu yang tural di laman sosial Facebook.

Walaupun tiada sebarang WTD yang layak dituntut olehnya namun, beliau berasa puas hati kerana membuat semakan dan akan meminta anggota keluarga yang lain berbuat demikian.

Bagi Hanisah Supian,41, beliau hanya layak menuntut sebanyak RM101 daripada dua akaun bank.

“Saya pun lupa yang saya pernah ada akaun dengan bank berkenaan tapi saya bersyukur dengan apa yang ada. Tak rugi semak,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai komputer di sini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd