• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspresi Felda Negaraku Meriahkan Hari Peneroka

oleh
23/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan kali ke-60 kali ini bertambah meriah apabila acara tahunan itu dijenamakan semula sebagai Ekspresi Felda Negaraku Malaysia.

Malah skala program kali ini juga lebih besar apabila berlangsung Dataran Persiaran Perdana, Presint 13 di sini selama tiga hari bermula Jumaat dengan pelbagai pameran dan jualan daripada pelbagai agensi berkaitan.

Antaranya penyertaan daripada Felda Wilayah Terengganu, Johor Bahru, Mempaga, Kami Anak Felda serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) selain banyak lagi organisasi lain dari seluruh negara.

Turut ‘mencuri’ perhatian pengunjung ialah acara jualan murah bahan keperluan harian serta buah-buahan sepanjang sambutan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan MOA.

Tidak ketinggalan ialah leunikan dinding ‘Mural Ekspresi FELDA’ yang terdapat di tengah ruang pameran di Zon C yang menceritakan kejayaan tanah rancangan terulung di dunia itu dalam memajukan masyarakat penerokanya.

Pada 3 petang hari ini, Pertandingan Futsal Antara Parlimen yang membabitkan 54 kawasan Parlimen yang ada skim Felda berlangsung meriah di Kompleks Futsal 1 Malaysia Presint 18 tidak jauh dari lokasi sambutan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang bertanggung jawab dalam hal ehwal Felda malah melakukan sepak mula pertandingan tersebut.

Selain itu, turut diadakan perlawanan persahabatan melibatkan pasukan bola sepak Felda United yang kini beraksi dalam Liga Super Malaysia.

Malam ini pula akan diadakan acara Felda Berselawat dimeriahkan kumpulan nasyid INTEAM dan Darul Quran selain Forum Perdana Ehwal Islam di pentas utama Dataran Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman.

Ia amat menarik kerana barisan panelnya cukup terkenal iaitu kalangan pendakwa Datuk Badli Shah Alauddin, Datuk Dr. Izahar Ariff Mohd. Kashin dan Ustaz Hariri Mohd Daus. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

https://www.facebook.com/FeldaLKTP/videos/1294839347291068/

https://www.facebook.com/FeldaLKTP/videos/1286743611433975/

Tags: Feldafelda berselawatFelda Unitedforum perdanahari peneroka 2017istana kehakimanpresint 3Putrajaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd