• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Peragut Rantai Tendang Mangsa Telah Dikenal Pasti

oleh
21/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis telah mengenal pasti dua orang peragut yang menendang motosikal dinaiki dua wanita sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera parah, Ahad lalu.

Menurut sumber yang dipetik media tempatan, pihak polis sudah memperoleh rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) kejadian terbabit dan menyatakan bahawa suspek yang terlibat telah dikenal pasti imejnya.

“Berdasarkan daripada rakaman CCTV yang diperoleh, dua suspek terbabit dikesan menaiki dua buah motosikal iaitu model Yamaha 135LC dan Y15.

“Masing-masing memakai topi keledar warna merah. Seorang daripada suspek memakai jaket hitam manakala rakannya berbaju ungu,” ujar pihak polis.

Tambahnya lagi, kini pihak polis sedang giat mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan suspek.

Dalam masa sama, beberapa rakaman CCTV sepanjang laluan kejadian terbabit berdekatan Jalan Genting Klang, sekitar pukul 12.30 tengah hari turut diambil bagi tujuan siasatan.

Dalam kejadian Ahad lalu, Fatin Dalila Aripin, 33, dan rakannya, Noradila Che Amat, 25, parah selepas motosikal yang dinaiki berlanggar dengan salah sebuah kereta ketika mengejar peragut.

Motosikal dinaiki dua sahabat itu hilang kawalan ekoran ditendang suspek yang meragut rantai emas milik Fatin sebelum terbabit dalam kemalangan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

* Video di bawah sekadar hiasan

Tags: kemalanganperagut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd