• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: CEO Zakat Pulau Pinang Sekali Lagi Didakwa

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan rasuah, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan sama.

Datuk Azman Abdul Samat, 50, yang juga Pengurus Besar ZPP mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima seutas jam tangan jenama Cerutti bernilai RM1,280 daripada pemilik Syarikat Safa Murni Enterprise yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di Pusat Latihan Zakat (Pulaza), dekat sini pada Februari lepas.

Azman didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Ghazali Muhammad Nadzri menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Mohamed Reza Rahim yang mewakili Azman kemudiannya memohon mahkamah
mengurangkan jaminan RM2,000 iaitu jumlah jaminan yang sama diberikan oleh hakim Mahkamah Sesyen Butterworth.

Hakim Norsalha Hamzah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes.

Rabu lepas, Azman dan seorang pegawai kanan ZPP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas beberapa pertuduhan rasuah antara 2010 dan 2015. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd