• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

45 Bangunan Musnah Kebakaran Di California

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Kebakaran berhampiran Taman Negara Yosemite, yang memaksa lebih 5,000 penduduk berpindah terus merebak dan memusnahkan bangunan berhampiran.

Kira-kira 45 bangunan dan kawasan seluas 28,366 hektar dilaporkan musnah ketika lebih 3,000 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam keadaan suhu antara 32 hingga 36 darjah celsius.

Jabatan Bomba dan Perlindungan Hutan California dalam laman webnya berkata, hanya 10 peratus daripada kebakaran di pekan Mariposa di kaki bukit Sierra Nevada itu berjaya dipadamkan.

Jurucakap Jabatan Hutan dan Perlindungan Kebakaran California, Amy Head, berkata pihaknya sedang berusaha memadamkan kebakaran itu dan melindungi pekan terbabit dari sebarang kemusnahan.

“Masih banyak yang perlu dilakukan untuk memadamkan kebakaran ini sepenuhnya,” katanya.

Mariposa berada 80 kilometer dari Taman Negara Yosemite dan bergantung kepada industri pelancongan sebagai sumber pendapatan.

Kebakaran itu memaksa Gabenor Jerry Brown membuat pengisytiharan darurat bagi kawasan Mariposa, pada Selasa lalu. – Reuters

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd