• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah”

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG kata malang tidak berbau dan kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika pengguna jalan raya lebih berhemah dan berhati-hati.

Namun biarpun sudah mengambil langkah berjaga-jaga, namun atas kecuaian orang lain pun boleh menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan.

Maka tidak hairanlah kes-kes kemalangan melibatkan kenderaan seperti lori ataupun bas sering sahaja dilaporkan berlaku.

Menerusi perkongsian video dimuat naik pengguna Facebook Nazrin Haikal Ruslan, dia mendakwa nyaris ‘disapu’ sebuah bas ekspress yang dipandu secara berbahaya di jalan Kuala Terengganu-Besut, berhampiran kampung Guntong Luar, kelmarin.

“Lihatlah bas kalian ini, dengan bongkaknya membelah jalan raya tanpa mengira keselamatan orang lain.

“Keselamatan pemandu bas sendiri sudah pasti tak terlintas langsung bila dia memotong sebegitu.

“Memotong di atas jambatan, garisan berkembar, menghimpit dua kenderaan dan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak demi menyelamatkan nyawa masing-masing,” katanya.

Melalui rakaman, bas tersebut dilihat menghimpit kereta yang dipandu Nazrin sebelum memotong secara bahaya Perodua Alza yang berada di hadapannya.

Manakala kenderaan yang bertentangan pula terpaksa mengelak daripada bertembung dengan bas ‘samseng’ berkenaan.

Dalam pada itu, netizen menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas kepada pemandu terbabit seperti mana yang diperkatakan oleh Nazrin pada pautan video.

“Kadang-kadang nak support Melayu… tapi kalau macam ni macam mana nak support, semua kecut perut naik bas pakai tangga turun bas ikut tingkap, pergi ada nyawa balik tinggal jenazah,” tulis Rayyan Ikhwan.

“Syabas Sani Ekpress memiliki pemandu yang sebegini sebab Sani banyak duit nak bayar nyawa penumpang,” kata Rabuddin Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bas ekspresmemandu bahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd