• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Rasmi Laluan Pejalan Kaki Di Pulau Tioman

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kampung Tekek ke Kampung Air Batang di Pulau Tioman, di sini.

Projek yang dibiayai Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan dilaksana oleh Lembaga  Pembangunan Tioman (TDA)  itu mula dibina pada 22 Sept 2015 dan pembinaannya selesai pada 6 Feb lalu.

Najib sebelum itu tiba di pulau berkenaan dengan menaiki helikopter di Lapangan Terbang Kampung Tekek, Pulau Tioman dan disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman Datuk Mohd Johari Hussain serta 500 penduduk dan pelajar sekolah.

Beliau kemudian meluangkan masa lebih setengah jam meninjau  laluan sepanjang 310 meter dan lebar 2.4 meter itu yang dibina dengan kos bernilai RM1.6 juta.

Sebelum ini, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Tekek dan 300 penduduk di Kampung Air Batang, serta pelancong terpaksa melalui kawasan trek berbukit selain menaiki bot  untuk urusan di dua-dua kampung itu.

Tok Empat Kampung Tekek  Zulkainani A  Hamid berkata laluan pejalan kaki itu banyak memberi kemudahan kepada penduduk kampung atau pelancong untuk berbelanja membeli barang keperluan harian dari Kampung Air Batang ke Kampung Tekek.

“Ia juga menjadi mercu tanda baharu pelancongan di Kampung Tekek yang merupakan pusat pentadbiran di pulau ini selain memudahkan urusan jika berlaku kecemasan,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk Kampung Air Batang Wan Mohamad Tahir Wan Abdullah, 58, menyifatkan pembinaan laluan pejalan kaki itu suatu rahmat kepada penduduk kerana memberi kesenangan dalam kehidupan seharian mereka.

” Selama ini ibu bapa terpaksa berulang alik empat kali sehari untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dengan menaiki bukit yang tinggi.

” Setiap kali ulang alik terpaksa ambil masa 15 minit, terpaksa berhenti beberapa kali untuk menghilangkan lelah sebelum sampai ke sekolah, seksa untuk ibu bapa terutama yang sudah berusia.

“Namun dengan adanya kemudahan ini, Alhamdulillah ibu bapa tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak mereka dan pelajar juga dapat berulang alik ke sekolah dengan mudah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPULAU TIOMAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd