• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 lelaki Merusuh Depan Rumah

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki dan memburu lima lagi kerana disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata di depan sebuah rumah di Taman Skudai Baru, Skudai di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata kedua-duanya ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendakwa dia dan adik lelakinya, 25, mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku 9 malam itu.

Berdasarkan laporan pengadu berusia 35 tahun itu, dia dan adiknya didatangi tiga lelaki yang menaiki motosikal dan mahu berjumpa si adik sebelum bertindak memukulnya, kata Noor Hisham dalam kenyataan, di sini hari ini.

“Mangsa cuba meleraikan pergaduhan tersebut namun seorang daripada suspek telah bertindak melibas pisau lipat dan mencederakan tangan kanan mangsa.

“Mereka kemudian didatangi oleh empat lagi lelaki yang menaiki van dan bersenjatakan tiga parang. Kumpulan suspek  kemudian bertindak mengejar mangsa sehingga ke dalam kawasan pagar rumah mangsa,” katanya.

Susulan aduan mangsa, polis yang melakukan siasatan menyerbu sebuah rumah di Taman Nesa, Skudai pada 11.30 malam Ahad dan menahan suspek pertama berusia 27 tahun, disusuli tangkapan suspek kedua  juga berusia 27 tahun  kira-kira setengah jam kemudian di Taman Bukit Indah.

Noor Hisham berkata soal siasat ke atas suspek mendapati kejadian berpunca daripada rasa dendam suspek terhadap adik lelaki pengadu kerana memarahi abang suspek ketika menuntut gaji RM1,300 sebagai pemandu van kilang.

Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau manakala ujian air kencing pula mendapati mereka negatif dadah, katanya.

Mereka kini ditahan reman dan polis sedang menjejaki lima lagi yang berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan kes menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata dalam rusuhan) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: Merusuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd