• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Pegawai Kanan JPJ Bukti Ketelusan

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU –  Tindakan mahkamah mengenakan denda  ke atas seorang pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana melanggar undang-undang jalan raya membuktikan ketelusan sistem perundangan negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi.

Beliau berkata keputusan mahkamah tersebut juga menunjukkan setiap individu di negara ini tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira kedudukan dan latar belakangnya.

“Siapa yang melanggar peraturan dia akan berdepan dengan tindakan undang-undang. Ini seiring dengan hasrat  kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, dan kita juga mahu berlaku  adil kepada semua,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Netherlands Maritime Institute of Technology, di sini hari ini.

Ab Aziz mengulas laporan media semalam berhubung tindakan saman RM600 yang dikenakan Mahkamah Majistret Putrajaya terhadap  Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi)  JPJ, Datuk Yusoff Ayob selepas beliau mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan baru-baru ini.

Mengulas isu lain, Ab Aziz yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata beliau yakin enam tokoh yang dilantik sebagai anggota panel  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an lalu,  mampu menyelesaikan isu itu.

Ini kerana kata beliau kesemua mereka mempunyai kredibiliti tinggi.

“Saya yakin dia (penubuhan RCI)  boleh menyelesaikan masalah dan isu forex ini kerana rakyat hendak tahu apa yang berlaku sebenarnya

“Kita tidak mahu perkara-perkara sebegini dilindungi kerana ia sudah menjadi satu isu. Jadi kena telus kepada semua,” katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan enam anggota panel RCI  tersebut yang bertujuan menentukan kesahihan dakwaan kerugian akibat perdagangan mata wang asing yang dialami bank pusat itu pada 1990-an serta kesannya kepada ekonomi negara.

Mereka ialah Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan,  Hakim Mahkamah Tinggi  Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi  Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan  Tan Sri Saw Choo Boon, akauntan Pushpanathan S A Kanagarayar (anggota Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail. – BERNAMA

Tags: dendaJPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd